Skip to main content

News in:  BM | TH | CN


ALS Lancar RoboVan Tanpa Pemandu di Jalan Raya Awam Cyberjaya
Reading time: 5 minutes
images/newsimages/2026/Robovan_Official_Launch.jpg

Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) hari ini melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk operasi di jalan raya awam, sekali gus mencatat pencapaian pertama bagi sebuah syarikat Malaysia yang mengoperasikan kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya di jalan raya awam negara dengan nombor pendaftaran yang sah.

Pelancaran itu berlangsung sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dan disaksikan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, bersama Pengarah Urusan ALS, Alan Chong; Pengarah Urusan Zelostech Singapore, Terry Zhou; Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Loo Chuan Boon, serta Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn Bhd, Kamarul Ariffin Abdul Samad.

Susulan pelancaran itu, RoboVan berkenaan akan menjalani percubaan di jalan raya awam selama enam bulan di laluan ujian Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) sepanjang 22 kilometer di Cyberjaya, melibatkan keadaan trafik bercampur.

Sepanjang tempoh percubaan, ALS akan merekodkan prestasi pemanduan autonomi, tempoh operasi, jarak perjalanan, jumlah perjalanan, intervensi sistem dan petunjuk prestasi utama yang lain. Dapatan itu akan membantu pembangunan ekosistem kenderaan autonomi Malaysia serta menyokong peralihan ke arah penggunaan teknologi logistik autonomi secara komersial.

Dari Kawasan Persendirian Ke Jalan Raya Awam
Pelancaran itu menyusuli beberapa bulan ujian berperingkat yang dilaksanakan ALS, bermula dengan percubaan di kawasan persendirian bersama Pos Malaysia pada Januari 2026, yang disempurnakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, diikuti demonstrasi secara langsung di Shah Alam pada Jun 2026 yang disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, YB Tuan Ng Sze Han.

Pada Julai 2026, ALS turut melancarkan Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC) khusus untuk logistik autonomi yang pertama di Malaysia di Cyberjaya. Setiap peringkat meningkatkan kerumitan operasi secara beransur-ansur, dengan laluan dan kawasan operasi yang ditetapkan.

Dalam kawasan operasi yang diluluskan, RoboVan melaksanakan keseluruhan tugas pemanduan tanpa pemandu atau penumpang di dalam kenderaan, dengan pemantauan jarak jauh melalui ROC. Direka khusus untuk membawa barangan, kenderaan dan sistem operasinya memberi tumpuan kepada pengangkutan kargo, logistik berasaskan laluan serta pemantauan RoboVan dari jarak jauh.

Laluan ujian itu merangkumi kawasan perniagaan, institusi pendidikan, stesen MRT, pusat komersial, persimpangan dan lintasan pejalan kaki, sekali gus menyediakan persekitaran operasi sebenar yang tidak dapat ditiru sepenuhnya melalui ujian di kawasan persendirian.

RoboVan menggunakan teknologi yang dibangunkan Zelostech, dengan ALS bertindak sebagai rakan strategik syarikat itu di Malaysia. ALS menerajui usaha penyetempatan teknologi dan operasi tempatan, manakala percubaan berkenaan akan membantu membangunkan kepakaran dalam operasi kenderaan autonomi, kejuruteraan, pengurusan armada dan pemantauan jarak jauh.

“Sebagai syarikat tempatan Malaysia, kami berbangga dapat membawa kenderaan autonomi sepenuhnya ke jalan raya awam negara. Bagi kami, ini lebih daripada sekadar nombor pendaftaran. Ia adalah langkah untuk menjadikan teknologi autonomi satu realiti di Malaysia, membuktikan kemampuan syarikat tempatan dan membina asas bagi masa depan logistik autonomi di negara ini serta rantau ini.”

— Pengarah Urusan ALS, Alan Chong

CYBERVIEW: Building the Environment for Autonomous Mobility
Sebagai Pembangun Hab Teknologi Cyberjaya, Cyberview memperkenalkan laluan ujian MyAV pada 2020 dengan jarak awal tujuh kilometer sebelum menambah 15 kilometer pada 2025, menjadikan keseluruhan laluan sepanjang 22 kilometer.

Laluan itu menyediakan persekitaran khusus bagi pembangun kenderaan autonomi untuk menguji dan memperhalusi teknologi mobiliti baharu dalam keadaan bandar sebenar.

“Pengoperasian RoboVan tanpa pemandu sepenuhnya oleh ALS merupakan satu kebanggaan bagi Cyberjaya. Ia memperlihatkan keupayaan inovator tempatan dan kepentingan hab khusus yang membolehkan teknologi canggih diuji dalam keadaan sebenar.

“Cyberview akan terus memperjuangkan pembangunan teknologi tempatan melalui penyediaan ekosistem, infrastruktur dan platform yang diperlukan untuk mengembangkan inovasi di Cyberjaya dan seterusnya.”

— Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview, Kamarul Ariffin Abdul Samad, berkata:

SIDEC: Memperkukuh Ekosistem Mobiliti Autonomi Selangor
Percubaan ini meneruskan usaha menerusi ROC yang dilancarkan bersama oleh Sidec, ALS dan Cyberview pada Julai 2026, bagi menyediakan infrastruktur operasi untuk memantau dan menyokong kenderaan autonomi Tahap 4 di jalan raya awam.

Sepanjang percubaan, ROC akan memantau RoboVan menerusi siaran video langsung, telemetri kenderaan, status laluan dan diagnostik sistem, sekali gus menyediakan lapisan pemantauan operasi dan keselamatan.

Memandangkan Cyberjaya merupakan sebahagian daripada Selangor, ujian ini turut memperkukuhkan Selangor antara lokasi penting bagi menguji dan mengesahkan teknologi kenderaan autonomi dalam keadaan sebenar di Malaysia. Data yang dikumpulkan juga berpotensi menyumbang kepada pembangunan piawaian dan rangka kerja pelaksanaan teknologi kenderaan autonomi di peringkat kebangsaan.

““Sidec komited untuk menjadikan Selangor sebagai lokasi di mana mobiliti autonomi berkembang daripada fasa ujian kepada penggunaan dunia sebenar. Kami telah melancarkan Remote Operations Centre bersama ALS dan Cyberview pada bulan Julai, dan apa yang kita saksikan hari ini menunjukkan potensi sebenar infrastruktur tersebut: sebuah syarikat Malaysia mengendalikan kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya di jalan awam, dengan sistem pemantauan dan kawal selia yang sewajarnya.

Kami akan terus menyokong syarikat seperti ALS dalam melangkah ke fasa seterusnya, kerana pengalaman yang dibangunkan di sini akan menjadi asas penting untuk membolehkan teknologi ini diperluaskan dengan selamat ke seluruh negara.””

— Ketua Pegawai Operasi SIDEC, Loo Chuan Boon

Kelulusan Kementerian dan Agensi Berkaitan
Pengujian itu dilaksanakan susulan kelulusan yang diperlukan di bawah rangka kerja kenderaan autonomi Malaysia, dengan penglibatan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Digital dan Futurise.

Nombor pendaftaran yang sah membolehkan RoboVan beralih daripada ujian terkawal kepada pengujian yang diluluskan di jalan raya awam. Sepanjang tempoh itu, ALS akan beroperasi mengikut parameter yang ditetapkan dan mengemukakan data operasi secara berstruktur.

Langkah Seterusnya
ALS memberi tumpuan kepada logistik titik ke titik, khususnya pergerakan barangan antara gudang, hab logistik, kemudahan pembuatan, pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan perindustrian lain.

Percubaan di Cyberjaya menjadi langkah seterusnya ke arah pengoperasian armada logistik autonomi di seluruh Malaysia.

Bagi Cyberjaya dan Selangor, pelaksanaan itu memperkukuh kedudukan rantau berkenaan sebagai persekitaran ujian sebenar untuk teknologi mobiliti generasi baharu. Bagi Malaysia, ia menandakan peralihan daripada demonstrasi keupayaan kenderaan autonomi kepada pembinaan pengalaman operasi yang diperlukan untuk mengoperasikannya di jalan raya awam.